Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada Samsung yang bakal melancarkan peranti bersaiz 5-inci mereka, Galaxy Note pada penghujung bulan ini, HTC juga kini dilaporkan akan hadir dengan peranti dengan saiz lebih kurang serupa pada bulan September atau Oktober ini.

Menurut ura-ura awal, peranti tersebut dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1794×1080 pixel. Ia juga dikatakan berkemungkinan akan membawakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya.

Spesifikasi dan maklumat lanjut berkaitan dengannya tidak diketahui buat masa ini. Namun memandangkan laporan ini hadir daripada laman DigiTimes, maka ramai yang masih tidak mempercayainya sepenuhnya.

Selain daripada Samsung dengan Galaxy Note, LG juga turut sama ada menawarkan peranti dengan saiz lebih kurang serupa, iaitu Optimus Vu. Sekiranya benar HTC juga akan melancarkan peranti dengan saiz seumpamanya, mungkin kelak kita akan dapat melihat lebih banyak pengeluar turut sama memfokuskan peranti dengan saiz tersebut, yang mana mempunyai permintaan penggunanya tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd