Cari @ Amanz

Bagi mereka yang melakukan pendaftaran minat untuk peranti Ascend P1 daripada Huawei, semestinya tertanya-tanya bilakah peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia. Kini, pihak Huawei Malaysia telah pun mula menghantar emel jemputan, mengatakan ia akan diumumkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Huawei Ascend P1 merupakan salah satu peranti utama daripada Huawei, membawakan skrin sentuh seluas 4.3-inci dengan Corning Gorilla Glass, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Cortex A9, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga sokongan slot mikro-SD. Seperti beberapa peranti Huawei yang lain, ia juga menggunakan Android, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Harga jualannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd