Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, para pengguna pelayar web Chrome perlu membuka halaman tetapan untuk membuat tetapan berkenaan perkongsian kandungan ketika melayari sesuatu laman web, kini melalui kemaskini Chrome 23 (yang masih dalam pembangunan), Google memperkenalkan cara baru untuk mengubah kebenaran untuk sesuatu web.

Bermula daripada Google Chrome 23, para pengguna hanya perlu klik pada ikon sekuriti pada bar alamat, dan boleh mengubah tetapan terus daripadanya dengan mudah dan pantas.

Daripada apa yang kelihatan, dengan klik pada ikon sekuriti, sebuah popup kecil hadir memperlihatkan apa yang anda kongsikan dengan sesuatu laman web itu. Ianya termasuklah kebolehan melihat cookie, selain mengubah tetapan dan kebenaran, seperti sokongan JavaScript, notifikasi, geolokasi dan sebagainya.

Sokongan baru ini semestinya salah satu kemudahan untuk para pengguna Chrome tanpa perlu melalui pelbagai proses yang sukar seperti sebelum ini, disamping memberikan para pengguna lebih kawalan dan privasi ketika melayari web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd