Cari @ Amanz

Hari ini, HTC secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang menggunakan Windows Phone 8. Peranti utama yang diumumkan oleh HTC adalah HTC 8X, yang mana didatangkan dalam pilihan lima warna – biru, hitam, merah dan juga kuning.

HTC 8X didatangkan bersama-sama skrin Super LCD 2 bersaiz 4.3-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2.1-megapixel pada bahagian hadapan, ruangan storan sebesar 16GB dan juga disertakan bersama-sama sokongan NFC. Dan dalam memberikan nilai tambah, HTC turut sama menyertakan sokongan audio Beats pada peranti tersebut.

Harga jualannya masih tidak diumumkan oleh HTC, namun mengatakan yang mana ia akan memasuki pasaran pada awal November kelak. Tarikh spesifik untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd