Cari @ Amanz

Apple pada minggu lepas telah pun memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka, iOS 6 kepada para pengguna peranti iOS 6, dan hari ini, Apple secara rasminya mengumumkan, yang mana sebanyak lebih 100 juta peranti iOS telah dikemaskini kepada iOS 6.

iOS 6 membawakan beberapa kemaskini, dimana Facebook diintegrasikan secara mendalam padanya, sama seperti Twitter, disamping menyertakan beberapa fungsi tambahan seperti fungsi Do Not Disturb, dan kebolehan membuka aplikasi pada Siri. Selain itu, iOS 6 juga mengantikan sistem pemetaan Google menggunakan Apple Maps, yang mana dikritik ramai pengguna disebabkan kekurangannya. Aplikasi YouTube juga turut sama dibuang daripada iOS 6.

Selain daripada itu, Apple turut sama mengumumkan yang mana iPhone 5 telah sedia terjual lebih 5 juta unit. Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan di Malaysia, dan diura-ura akan dilancarkan pada penghujung Oktober kelak. Maxis dan DiGi menjadi antara yang terawal menawarkan nano-SIM di Malaysia, sementara masih tiada sebarang pengumuman daripada pihak Celcom, dan lain-lain buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd