Cari @ Amanz

Maxis hari ini telah pun mengumumkan pengenalan nano-SIM untuk iPhone 5, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang mengumumkan berkenaan nano-SIM di Malaysia.

Para pengguna tempatan yang berminat, boleh mula mendapatkan nano-SIM daripada Maxis bermula 24 September ini pada harga RM25. Namun, ia bukanlah ditawarkan pada semua Maxis Centre di seluruh negara, tetapi hanya ditawarkan di KLCC, Taman Tun Dr. Ismail, Sunway Pyramid, The Gardens, Danga Bay Johor Bahru, dan juga Queensbay Mall di Pualu Pinang.

Nano-SIM membawakan rekabentuk yang lebih 30% kecil dan 15% nipis berbanding mikro-SIM. Buat masa ini, hanya iPhone 5 sahaja yang mengumumkan sokongan untuk nano-SIM, sementara kebanyakkan yang lain masih lagi bergantung kepada mikro-SIM dan juga SIM biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd