Cari @ Amanz

Bagi para pengguna yang menantikan dua peranti terbaru daripada Sony, iaitu Xperia Miro dan juga Xperia Tipo, hari ini, Sony Malaysia telah mengumumkan yang mana mereka akan memulakan jualan kedua-dua peranti tersebut di Malaysia pada 7 Oktober kelak.

Kedua-duanya adalah peranti mampu milik daripada Sony, yang mana membawakan beberapa perkara menarik bersama-sama dengannya.

Xperia Miro membawakan paparan bersaiz 3.5-inci, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan untuk panggilan video, dan disertakan dengan teknologi Sony xLoud padanya, serta dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Miro turut sama dilengkapi dengan integrasi Facebook yang lebih menyeluruh pada bahagian galeri, pemain muzik, dan juga Contacts. Selain itu, ia turut menyertaka bateri yang tahan agak lama, dengan penggunaan melebihi 24 jam padanya.

Xperia Miro bakal dijual pada harga RM699 di Malaysia kelak.

Xperia Tipo Dual pula mensasarkan kepada pengguna telefon pintar baru, membawakan skrin bersaiz 3.2-inci tahan calar, kamera belakang 3.2-megapixel, bateri berkapasiti 1,500 mAh untuk penggunaan melebihi 24 jam, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Xperia Tipo Dual turut sama membolehkan para pengguna menggunakan dwi-SIM padanya.

Xperia Tipo Dual pula akan dijual pada harga RM559 di Malaysia kelak. Versi yang menggunakan hanya satu SIM dijangka akan diperkenalkan pada awal November kelak.

Jadi, bagi mereka yang inginkan peranti pintar baru pada harga mampu milik dan penggunaan yang tidak begitu ekstrim, mungkin boleh nantikan tarikh tersebut untuk mendapatkan Xperia Miro ataupun Xperia Tipo daripada Sony.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd