Cari @ Amanz

Bagi para pengguna yang mempunyai akaun Yes 4G, mungkin sedia maklum akan mengenai perkhidmatan tambahan mereka yang dikenali sebagai Yes Life. Selain daripada aplikasi untuk iOS, Android, Windows dan Mac, kini mereka juga kelihatan akan memperkenalkan Yes ife versi web.

Melalui perkhidmatan Yes Life Web, sama seperti pada aplikasi Yes Life ia membolehkan para pengguna membuat panggilan suara dan SMS, dan menguruskan Contacts anda. Dan menariknya, ia juga membawakan fungsi tambahan, berupa ruangan storan awan terus padanya, disamping mengakses emel Yes anda dengan mudah.

Tarikh pelancaran rasmi dikatakan pada awal Oktober kelak. Sementara itu, kini mereka telah pun membuka pra-daftar minat, disamping bagi pengguna Yes sedia ada boleh pra-lihat perkhidmatan tersebut hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd