Cari @ Amanz

Nampaknya, mungkin bagi para peminat platform Android ataupun yang menantikan pengumuman peranti baru Nexus, perlu menantikan sedikit masa lagi, memandangkan Google kini dilaporkan menangguhkan acara tersebut disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sebelum ini, pelbagai gambar LG Nexus 4 dan juga Samsung Nexus 10 telah pun mula kelihatan, dengan tambahan beberapa fungsi Android 4.2 yang diperlihatkan awal melalui beberapa maklumat yang tertiris ke arena web.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan mengadakan acara tersebut.

Pada hari yang sama juga, iaitu pada awal pagi Selasa ini – 30 Oktober 2012, Microsoft juga bakal melancarkan Windows Phone 8 secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd