Cari @ Amanz

Dengan hadirnya sistem operasi daripada Microsoft terbaru, semestinya ramai yang tertanya-tanya antara dua versi utama yang ditawarkan oleh Microsoft, iaitu Windows RT dan juga Windows 8.

Sistem operasi Windows baru ini ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro dan juga Windows RT. Secara ringkasnya, selain daripada beberapa perkara teknikal seperti memerlukan cip ARM dan sebagainya, untuk Windows RT, ia dikhaskan sepenuhnya untuk tablet dan peranti dengan skrin sentuh.

Windows RT tidak dijual berasingan – ditawarkan terbina melalui peranti seperti tabletWindows RT hanya boleh digunakan dengan terhad, dimana ia memfokuskan kepada antaramuka baru (Metro), dan untuk akses desktop, ia sekadar menawarkan akses untuk aplikasi Microsoft Office RT sahaja. Ia tidak membenarkan sebarang aplikasi atau perisian daripada pihak ketiga dipasang seperti sistem operasi Windows sekarang (dengan hanya menggunakan fail .exe atau .msi).

Berbeza untuk Windows 8 pula, ia menawarkan pengalaman penggunaan desktop penuh, membolehkan bukan sahaja aplikasi daripada Windows Store dipasang, tetapi fail-fail individu dalam bentuk .exe dan sebagainya turut digunakan padanya. Windows 8 juga membolehkan akses desktop yang lebih meluas, dan menyokong pelbagai perkara tambahan padanya.

Windows 8 Pro pula membawakan beberapa ciri-ciri tambahan seperti sokongan BitLocker, PC Virtualiztaion dan sebagainya, dan lebih memfokuskan pengguna teknikal ataupun yang memerlukan ciri-ciri berkenaan.

Bagi pengguna biasa, mungkin Windows 8 memadai untuk digunakan dalam aktiviti harian, dan juga untuk hiburan (gaming, tonton video, dengar lagu) dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd