Cari @ Amanz

DiGi dan Maxis telah pun sedia menawarkan kad-SIM bersaiz nano yang digunakan pada iPhone 5 kepada para pelanggan mereka sejak daripada minggu lepas lagi, dan kini Celcom bakal memperkenalkannya bermula 6 Oktober ini.

Perkara ini diketahui melalui sebuah gambar notis yang dikongsikan oleh pengguna Lowyat.NET, memperlihatkan para pelanggan pascabayar Celcom akan dapat menukarnya bermula 6 Oktober ini, sementara untuk pengguna prabayar pula, sebuah tarikh baru akan diumumkan kelak.

Celcom menawarkan para pelanggan mereka kad nano-SIM secara percuma sekiranya telah menggunakan perkhidmatna Celcom lebih daripada 12 bulan, manakala untuk mereka yang baru menggunakannya untuk tempoh kurang 12 bulan, caj perkhidmatan sebanyak RM5 akan dikenakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd