Cari @ Amanz

Celcom, pada minggu ini telah pun memulakan kemaskini rangkaian telekomunikasi mereka, bermula daripada Kelantan, dan akan dilakukan secara berperingkat ke seluruh Malaysia, dan akan berakhir sepenuhnya pada Februari tahun hadapan.

Kemaskini rangkaian ini adalah salah satu langkah awal oleh Celcom dalam persediaan dalam memperkenalkan rangkaian LTE yang dinantikan ramai pengguna di Malaysia.

Melalui LTE, ia membawa kepada kelajuan muat-turun sehingga ke 299Mbps, dan di Malaysia, gelombang 2600MHz digunakan untuk rangkaian tersebut. Selain daripada Celcom, beberapa syarikat telekomunikasi juga dalam persediaan untuknya, termasuk DiGi, P1 dan juga Maxis.

Pengeluar peranti juga telah pun mula memperkenalkan beberapa peranti dengan sokongan LTE padanya, dan mungkin kita akan melihat sokongan LTE diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd