Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan Accurve Studio yang sebelum ini hadir dengan permainan Where’s My Chicken? Terbaru, mereka telah pun melancarkan permainan baru untuk platform Android, dinamakan sebagai Galaxy Chase.

Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada permainan kapal angkasa, dimana para pemain akan mengawal salah satu kapal angkasa (roket) yang perlu melalui pelbagai galaksi, dan mengelak daripada menjadi mangsa makhluk asing. Ketika melalui pelbagai galaksi, para pemain perlu mengelak daripada tarikan graviti setiap planet, asteroid dan pelbagai perkara lain dalam mencapai ke tahap permainan yang seterusnya.

Galaxy Chase turut sama menyertakan pelbagai jenis peta berbeza, namun buat masa ini hanya satu peta sahaja dibuka kepada semua. Pada masa yang sama, para pemain turut sama boleh mendapatkan kapal angkasa baru yang lebih berkuasa dengan membelinya melalui mineral yang dikumpulkan pada permainan tersebut.

Galaxy Chase diperkenalkan oleh Accurve Studio dengan kerjasama PlayPhone, jadi beberapa elemen permainan sosial turut diintegrasikan padanya.

Bagi para pengguna Android yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd