Cari @ Amanz

Mungkin tidak semua pengguna yang gemar mengerakkan tetikus mereka ketika membuat kerja, dan lebih mengemari penggunaan kekunci pintas untuk mengakses sesuatu aplikasi, dan disini, kami berkongsi akan beberapa kekunci pintas yang digunakan pada Windows 8.

Logo Windows + Tab
Bertukar antara aplikasi Windows 8.

Logo Windows + Spacebar
Mengubah penggunaan bahasa pada Windows 8, termasuk layout papan kekunci.

Logo Windows + C
Membuka Charm Bar pada bahagian kanan.

Logo Windows + I
Membuka bahagian tetapan (Settings pada Charm Bar.

Logo Windows + K
Membuka bahagian Devices pada Charm Bar.

Logo Windows + H
Membuka sokongan perkongsian pada Charm Bar.

Logo Windows + Q
Membuka bahagian carian pada bahagian kanan.

Logo Windows + W
Membuka carian untuk tetapan.

Logo Windows + F
Membuka carian untuk fail dan dokumen.

Logo Windows + .
Snap sesuatu aplikasi itu pada bahagian kanan.

Logo Windows + X
Membuka menu untuk pentadbiran komputer.

Logo Windows + Prt Sc
Merakam paparan skrin dan menyimpannya secara automatik di Library Pictures dalam folder Screenshot.

Logo Windows + E
Membuka Windows Explorer.

  • Info
  • Kami akan kemaskini dengan lebih banyak kekunci pintas apabila menemuinya kelak. Jangan lupa berkongsi dengan kami sekiranya ada yang terlepas melalui ruangan komen dibawah.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd