Cari @ Amanz

Laman sosial milik Google, iaitu Google+ memperlihatkan peningkatan positif dari hari ke hari, dimana Google telah pun berkongsi mengatakan Google+ mempunyai lebih 400 juta pengguna, dengan lebih 100 juta pengguna aktif setiap bulan.

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh GlobalWebIndex, ia dikatakan penggunaan Google+ di Malaysia agak tinggi, dengan lebih 1/3 iaitu 35% pengguna Internet di Malaysia menggunakannya. Laporan tersebut juga memperlihatkan penggunaan Google+ di rantau Asia Tenggara agak tinggi, dengan Vietnam, Thailand, Indonesia, dan Filipina turut tersenarai dengan angka penggunaan melangkaui 30%.

Beberapa perkara mungkin menyumbang kepada perkara ini, dimana selain Android yang kini didatangkan terus bersama aplikasi Google+, beberapa aktiviti, seperti Google+ Hangout yang diadakan oleh Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak baru-baru ini mungkin menjadikan angka pengguna Google+ tempatan terus meningkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd