Cari @ Amanz

Firefox Marketplace telah pun dimulakan ujiannya secara dalaman beberapa minggu sebelum ini, dan kini Mozilla secara rasminya mengumumkan sokongan Firefox Marketplace untuk mereka yang menggunakan Firefox untuk Android versi Aurora bermula hari ini.

[amanz-gallery]

Ini sekaligus membolehkan Mozilla mendapatkan maklumbalas awal, sebelum versi stabilnya diperkenalkan pada Firefox 2013 kelak, yang mana mungkin akan dilancarkan bersama-sama peranti Firefox OS mereka.

Buat masa ini, beberapa aplikasi telah sedia ada di Firefox Marketplace untuk diuji oleh para pengguna Firefox untuk Android (Aurora), dan antaranya adalah termasuk Twitter dan juga SoundCloud.

Mozilla mengatakan mereka akan menambah sokongan pembayaran, memberi ulasan dan sebagainya tidak lama lagi.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Firefox untuk Android (Aurora) dan mencuba sendiri Firefox Marketplace pada peranti mudah-alih anda. Mungkin kita akan dapat melihat ujian terbuka untuk versi desktop tidak lama lagi.

Daripada ujian kami, ia bergerak agak lancar, walaupun masa untuk pemuatan (loading) agak lambat sedikit berbanding aplikasi biasa. Namun, apa yang menariknya adalah ia membolehkan aplikasi yang dipasang daripada Firefox Marketplace berfungsi seperti aplikasi terbina Android, dengan sebuah ikon dan akses khas ditambah olehnya pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd