Cari @ Amanz

Pokki kini mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 2 juta orang pengguna aktif yang menggunakan perisian mereka itu, dan menariknya, hari ini turut sama mengumumkan sokongan untuk Windows 8, membawakan sokongan seumpama menu Start pada Windows 8.

Pada Windows 8, Microsoft membawakan antaramuka yang serba baru, dinamakan sebagai ModernUI (dulu dikenali sebagai Metro), yang mana membuang butang Start yang popular pada Windows. Beberapa pengeluar, salah satunya Samsung menyediakan alternatif dengan menawarkan aplikasi tambahan dinamakan s-Launcher bersama-sama dengannya.

Pokki membawakan bukan sekadar rekabentuk biasa seperti sebelum ini, tetapi mereka membawakan pengalaman pengguna yang lebih menarik untuk para pengguna Windows 8, membolehkan ia berfungsi seperti butang Start pada Windows 8, yang mana turut disertakan bersama-sama beberapa tetapan tambahan padanya.

Semestinya Pokki Store yang disertakan padanya akan bersaing hebat dengan Windows Store daripada pihak Microsoft sendiri, yang mana dari pandangan pengguna, ia merupakan salah satu perkara yang bagus.

Selain daripada Windows 8, sokongan yang sama juga turut disertakan kepada para pengguna Windows 7, Vista dan juga XP.

  • Muat Turun
  • Muat-Turun Pokki untuk Windows
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd