Cari @ Amanz

Samsung Malaysia, hari ini, secara rasminya mengumumkan pelancaran beberapa peranti terbaru mereka yang dilengkapi dengan system operasi Windows 8 di Malaysia. Melalui siri yang diperkenalkan, ia menyertakan siri ATIV yang dinantikan, termasuk keluarga tablet daripadanya.

Harga Komputer Windows 8 Samsung
ATIV Smart PC RM2499
Series 7 Gamer RM5999
Notebook Series 9 RM4999
Notebook Series 5 Ultra RM2699
ATIV Smart PC Pro RM3599
AIO PC Series 7 RM4999
Series 5 Ultra Touch RM2999

Tablet Windows 8 daripada Samsung, dinamakan ATIV Smart PC didatangkan dalam dua variasi, iaitu pilihan cip pemprosesan Intel Atom ataupun Intel Core.

Samsung ATIC Smart PC yang didatangkan dengan Intel Atom, dilengkapi dengan sokongan S-Pen, dan dijana menggunakan Windows 8 Pro. Ia dijual di Malaysia pada harga RM2499. Untuk variasi ATIV Smart PC Pro pula yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core, ia dijual pada harga RM3599. Kedua-duanya dilengkapi dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan.

Untuk keluarga peranti Windows 8 daripada Samsung, semuanya didatangkan terbina dengan beberapa aplikasi khas daripada Samsung, termasuk ChatOn, S-Camera, S-Note dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan computer Windows 8 daripada para pengedar rasmi Samsung bermula daripada hari ini. Maklumat lanjut berkaitan setiap peranti akan kami kongsikan dalam kemaskini seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd