Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan Windows 8, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah sokongan membolehkan pin sesuatu laman web terus ke skrin utama dalam bentuk Tiles. Dan untuk menjadikan ia lebih menarik, Microsoft turut menyediakan sebuah aplikasi berasaskan web untuk menyertakan imej khas sebagai gambar Tiles anda.

Melalui laman BuildMyPinnedSite.com, Microsoft menyediakan kemudahan untuk para pengguna memuat-naik gambar kegemaran mereka (dalam saiz 144×144) dan seterusnya membina Tiles mengikut identiti web mereka dengan mudah, seperti menambah warna latar dan menamakannya.

Sebaik sahaja selesai menambah imej, memilih warna dan teks, pengguna akan diberikan sebuah kod ringkas, yang mana perlu ditambah kepada fail HTML mereka. Seterusnya, ia akan mengaktifkan sokongan Tiles khas untuk laman anda, dan mempamerkan ia dalam bentuk Tiles sekiranya di pin pada Windows 8.

Daripada apa yang diuji, ia hanya sekadar disokong apabila di pin melalui Internet Explorer sahaja, dan tidak berfungsi sepenuhnya apabila menggunakan Google Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd