Cari @ Amanz

Bagi para pengguna yang gemar mencatat nota dan sebagainya pada peranti mudah-alih, mungkin sedia mengenali akan Evernote, salah satu aplikasi yang amat menarik. Setelah mereka memperkenalkan Evernote Smart Notebook untuk beberapa pasaran, kini ia turut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hari ini.

Evernote Smart Notebook ini disediakan oleh Moleskine, dimana ia didatangkan dalam bentuk fizikal, membolehkan para pengguna mengambil nota seperti biasa menggunakan pen pada buku tersebut.

Sebaik sahaja anda selesai mengambil nota atau melakar pada Smart Notebook, anda seterusnya hanya perlu merakamkan gambar halaman tersebut menggunakan kamera, dan seterusnya, ia akan diubah kepada bentuk digital serta-merta, dan disimpan pada Evernote. Beberapa pelekat turut disediakan, membolehkan anda tag setiap nota dengan mudah pada Evernote.

Untuk pasaran Malaysia, dua variasi disediakan, iaitu Evernote Smart Notebook bersaiz besar pada harga RM76 dan juga yang bersaiz kecil (Pocket pada harga RM103. Kedua-duanya boleh didapati daripada kedai buku Cziplee ataupun ditempah terus melalui MoleskineAsia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd