Cari @ Amanz

Bagi para pengguna telefon pintar berasaskan Android, nampaknya Google menyediakan sebuah permainan multiplayer khas yang kelihatan agak menarik, yang dikenali sebagai Ingress. Permainannya telah pun sedia terdapat di Google Play tetapi memerlukan jemputan untuk memainkannya buat masa ini.

Apa yang menariknya mengenai Ingress ini adalah dimana ia menggunakan dunia sebenar sebagai peta pada permainannya, dan menggunakan teknologi Augmented Reality dalam menjayakan perkara tersebut.

Ingress membawakan latar permainan, dimana sebuah tenaga misteri yang ditemui oleh sepasukan saintis di Eropah. Seperti kebanyakkan permainan, Ingress turut membolehkan para pemain memilih pihak dan watak mereka, sama ada mereka ingin menyokong tenaga misteri ini, ataupun menjadi sebahagian daripada mereka yang membantahnya.

Daripada maklumbalas yang diterima daripada laman sosial, terutamanya Google+ ia kelihatan permainan tersebut mula menerima komen positif, dan ramai yang tidak sabar untuk mencubanya sendiri.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri anda di laman rasmi Ingress untuk mendapatkan jemputan untuk menyertainya.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd