Cari @ Amanz

Pelancaran iTunes 11 yang membawakan beberapa perkara baru, termasuk kemaskini dari segi antaramuka dan sebagainya adalah salah satu perkara yang dinantikan, apatah lagi telah ditangguhkan sebulan sebelum ini. Kini, WSJ melaporkan yang mana ia akan boleh dimuat-turun semua pengguna desktop lewat hari ini.

iTunes merupakan salah satu pendapatan utama untuk Apple, membolehkan para pengguna mendapatkan lagu dan sebagainya secara digital terus melalui aplikasi tersebut.

iTunes 11, selain membawakan rekabentuk baru, turut sama akan mengintegrasikan lebih banyak integrasi iCloud, membolehkan pengguna menikmati kandungan sama pada sebarang komputer yang diakses oleh mereka.

Pada masa yang sama, sokongan pemain media yang kecil, dipanggil MiniPlayer turut sama akan disertakan padanya, untuk memudahkan para pengguna memainkan koleksi lagu dengan mudah.

Sekiranya laporan WSJ ini benar, maka kita mungkin akan dapat melihat iTunes 11 sedia untuk dimuat-turun semua pengguna Windows dan Mac lewat hari ini, atau awal pagi esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd