Cari @ Amanz

iPad Mini dan iPad 4 masih lagi belum mula dijual di pasaran tempatan, tetapi kelihatan Apple telah muncul dengan statistik jualan mereka, mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 3 juta iPad pada penghujung minggu lepas.

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, untuk kali ini, Apple hadir dengan dua produk dibawah keluarga iPad, iaitu iPad Mini yang bersaiz 7.9-inci, dan juga iPad generasi ke-empat dengan skrin bersaiz 9.7-inci.

Apple turut menambah, dengan mengatakan mereka kehabisan stok jualan untuk iPad Mini hasil daripada permintaan yang tinggi. Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah iPad Mini akan memasuki pasaran tempatan.

Telefon pintar Apple yang dilancarkan tempoh hari – iPhone 5 juga, masih belum dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd