Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan penjualan Samsung Galaxy Camera pada harga RM1899 . Samsung Galaxy Camera ialah kamera pintar  yang menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean. Ianya diperkasakan dengan pemproses 1.4 GHz empat teras dari keluarga Exynos, muatan dalaman 8 GB, RAM sebanyak 1 GB dan kamera utama sebesar 16.3 megapixel. Galaxy Camera kelihatan seperti kebanyakkan kamera point and shoot yang ada di pasaran cuma ianya dilengkapi skrin sesentuh 4.8 inci dan kemampuan data 3G.

Adakah preset ini akan muncul di dalam peranti pintar Samsung di masa akan datang?Dari pandangan pertama kami Samsung Galaxy Camera mempunyai binaan yang baik serta antaramuka khas bagi memudahkan fungsi mengambil gambar. Dalam fungsi automatik anda boleh menggunakan beberapa preset yang sudah tersedia. Preset Lighttrace sebagai contoh memudahkan anda mengambil gambar light tracing. Preset Watercurtain boleh membolehkan anda mengambil gambar long exposure. Fungi- fungsi preset terbina dalam ini pastinya membolehkan anda mengambil gambar yang sebelum ini tidak mampu diambil pada mana-mana peranti Android. Gambar yang diambil kemudian boleh dikongsikan secara serta merta ke laman media social, aplikasi chat, S-Note, emel dan juga Instagram. Inilah yang membuatkan Galaxy Camera kamera pintar yang menarik.

[amanz-gallery]

Spesifikasi Galaxy Camera
Cip 1.4GHz (empat-teras)
Sensor 16.3-megapixel, 21x zoom optikal
Storan Terbina 8GB + slot mikro-SD sehingga 32GB
Skrin 4.8-inci Super Clear LCD
Bateri 1650 mAh

Permasalahan yang kami jangkakan ialah jangka hayat kamera yang pastinya akan menjadi singkat kerana penggunaan data dan skrin sesentuh yang besar. Bateri yang hanya sebesar 1650 mAh semestinya tidak sebesar yang ada pada peranti empat teras Samsung yang lain seperti Galaxy SIII dan Note II. Sungguhpun begitu dari pengamatan kami kamera pintar ini pasti menjadi buruan penggemar Instagram yang mahukan kamera yang mempunyai sensor lebih besar dari apa yang ada pada telefon pintar yang ada di pasaran. Selain itu Galaxy Camera mempunyai kemampuan zoom optikal 21X  bagi memastikan gambar yang diambil lebih baik dari gambar telefon pintar biasa. Gambar yang diambil pada peringkat zoom sepenuhnya kekal terang dan tajam.

Dari pengamatan kami Samsung Galaxy Camera ialah sebuah kamera pintar yang menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Pada harga RM1899 ianya mungkin agak mahal. Sebuah Galaxy SIII yang mempunyai skrin dan pemproses yang sama dijula pada harga yang lebih murah dan mampu melakukan panggilan telefon. Ya pembaca sekalian Samsung Galaxy Camera tidak boleh melakukan panggilan telefon sungguhpun ianya sebuah peranti Android.

Tahun lalu Samsung memperkenalkan Note sekaligus menghasilkan pengkelasan baru yang dipanggil PHABLET. Terdapat ramalan yang mengatakan Note akan gagal kerana “tiada pasaran” untuk peranti sebesar Note. Nyata sekali ramalan ini gagal dan Note terjual pada jumlah yang banyak. Adakah Galaxy Camera akan memulakan trend baru SMARTCAM ,kamera dengan sistem operasi pintar? Kami hanya mampu menunggu jawapan ini di masa hadapan tetapi dari pengalaman kami bermain dengan Galaxy Camera selama beberapa jam kami tidak akan terkejut jika kamera ini terjual dalam jumlah yang banyak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd