Cari @ Amanz

Samsung boleh dikatakan antara pengeluar peranti pintar yang aktif di pasaran, dan hari ini mereka secara rasminya melancarkan peranti yang boleh flip untuk pasaran China, dinamakan sebagai SCH-W2013. Ia mungkin tidak akan dilancarkan ke pasaran global, seperti SCH-W999 sebelum ini.

SCH-W2013 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, menggunakan Android 4.0, dan didatangkan dengan dua skrin sentuh – depan dan belakang – bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM dan juga bateri terbina 1850mAh.

Walaupun ia tidak akan dilancarkan ke pasaran Malaysia, namun, apakah pendapat anda berkenaan peranti dengan skrin boleh flip ini. Adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia dilancarkan di Malaysia, ataupun lebih selesa dengan peranti seumpama Galaxy S3 dan sebagainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd