Cari @ Amanz

Selain daripada Maxis, Celcom juga turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti yang sama iaitu iPhone 5. Untuk memulakan pendaftaran, para pengguna boleh melayari laman utama Celcom dan mendaftarkan minat melaluinya.

Daripada panel pendaftaran minat oleh Celcom, mereka hanya memberikan pilihan warna sahaja, iaitu hitam dan putih. Berkemungkinan ruangan storan yang ditawarkan adalah seperti Maxis, dalam pilihan 16GB, 32GB dan juga 64GB.

Bagi para pengguna Celcom yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat anda hari ini, dan mendapatkannya daripada Celcom pada 14 Disember kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd