Cari @ Amanz

Antara laman perbankan popular di Malaysia adalah CIMBClicks, dan hari ini, secara rasminya, mereka turut sama memperkenalkan perkhidmatan perbankan melalui Facebook, dinamakan sebagai OctoPay.

Seperti perkhidmatan perbankan melalui web mereka, CIMB membolehkan para pengguna menghantar duit kepada rakan-rakan di Facebook dengan selamat, selain pada masa yang sama menambah-nilai prabayar anda dan sebagainya terus melalui laman Facebook.

OctoPay turut sama membawakan sokongan baru dinamakan sebagai Coinbox, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk mengumpulkan wang daripada rakan-rakan di Facebook untuk digunakan dalam sesuatu acara dan sebagainya.

Facebook - OctoPay

Pihak CIMB mengatakan penggunaan dan transaksi yang dilakukan oleh OctoPay adalah selamat, dan seperti sedia maklum, kedua-dua penghantar dan juga penerima wang perlu mempunyai akaun CIMB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd