Cari @ Amanz

Flickr Untuk iOSNampaknya, mungkin Flickr yang sebelum ini terkenal dengan laman sosial perkongsian gambar untuk jurugambar profesional, kelak akan ditambah dengan pelbagai jenis gambar-gambar seumpama di Instagram padanya.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan oleh Yahoo! hari ini untuk pengguna Flickr, ia membolehkan para pengguna peranti iOS menggunakannya dalam merakamkan gambar dan berkongsi terus ke laman sosial tersebut.

Dan sebagai fungsi tambahan, aplikasi Flickr 2.0 ini turut menyertakan sokongan untuk menambah efek seperti yang terdapat pada aplikasi Instagram. Pengguna juga turut sama boleh melihat pelbagai jenis gambar yang dikongsikan pengguna berdekatan terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini. Selain daripada kemaskini aplikasi Flickr, pihak Yahoo! juga turut sama memperkenalkan aplikasi Yahoo! Mail untuk pengguna iOS semalam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd