Cari @ Amanz

Bagi mereka yang menantikan tablet Asus Nexus 7 dengan sokongan 3G, kini Senheng dan juga Sen-Q telah mengemaskini halaman Facebook mereka, memperlihatkan ia telah sedia untuk ditempah melalui mereka, dan mendapatkannya pada harga RM1099.

Nexus 7 3G ini membawakan ruangan storan sebanyak 32GB, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz NVIDIA Tegra 3, memori sebanyak 1GB RAM, dan juga dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci WXGA.

Bagi Nexus 7 versi WiFi pula, ia boleh didapati pada harga serendah RM899 untuk versi 16GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd