Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, Twitter telah pun memperkenalkan halaman profil yang baru untuk pengguna, membolehkan mereka menambah gambar latar dibelakang gambar profil, dinamakan sebagai header photo. Kini, bermula 12 Disember, rekabentuk baru ini akan diperkenalkan untuk semua pengguna seluruh dunia.

Sekiranya anda masih tidak mengaktifkan rekabentuk profil yang baru ini, maka bermula esok, gambar latar untuk header photo akan digantikan dengan warna kelabu, yang mana mungkin menjadikan profil anda tidak begitu cantik.

Bagi mereka yang berminat, anda mungkin boleh menjenguk ke halaman tetapan, dan mula membuat perubahan pada halaman profil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd