Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum-sebelum ini, hari ini secara rasminya, Twitter memperkenalkan sokongan menambah filter dan efek pada gambar sebelum dikongsikan melalui laman sosial mereka itu.

Sokongan ini dibawakan oleh Twitter pada versi terkini aplikasi Android dan juga iOS, dimana untuk menjayakannya, pihak Twitter menggunakan teknologi daripada rakan kerjasama mereka, Aviary.

Sebanyak lapan pilihan filter disediakan buat masa ini, menjadikan gambar yang dirakamkan oleh anda lebih menarik. Berbeza dengan beberapa aplikasi lain, aplikasi Twitter ini membolehkan anda melihat serta-merta bagaimana gambar anda akan kelihatan sebelum pada pelbagai jenis filter sebelum ia dikongsikan bersama yang lain.

Bagi para pengguna Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi Twitter mereka hari ini, dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan ini. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diperluaskan untuk pengguna platform yang lain.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd