Cari @ Amanz

Beberapa laporan telah kedengaran sebelum ini mengatakan mengenai sistem operasi Windows generasi baru, dimana dikenali dengan beberapa nama seperti Windows 9, Windows Blue dan sebagainya. Kini, beberapa laporan tambahan turut kedengaran mengenai sistem operasi akan datang daripada Microsoft itu.

Windows 8 - BM

Daripada apa yang kedengaran, ia dikatakan versi Windows seterusnya akan mengekalkan rekabentuk Metro (Windows 8 UI?) sedia ada, dan membawakan kebolehan untuk mengubah skrin Start supaya memenuhi citarasa pengguna, termasuk fungsi mengubah saiz Tiles lebih kurang seperti Windows Phone 8.

Beberapa perubahan juga dijangka akan diperkenalkan pada bahagian desktop pada Windows, selain kernel yang dikatakan akan dikemaskini kepada versi 6.3.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, laporan ini masih dikategorikan sebagai ura-ura, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd