Mitini Membawakan Fungsi Seumpama Siri Kepada Para Pengguna Desktop Windows

Mitini Membawakan Fungsi Seumpama Siri Kepada Para Pengguna Desktop Windows

Diterbitkan pada Jan 1, 2012 oleh .

Salah satu teknologi yang mendapat perhatian ramai sepanjang tahun lepas adalah sokongan bantuan melalui input suara. Menariknya, selain daripada aplikasi mudah-alih, Google turut membawakannya kepada pelayar web, dan kini salah seorang pembangun membawakan aplikasi ringkas, dinamakan sebagai Mitini untuk para pengguna Windows.

Melalui Mitini, ia membawakan sokongan bantuan pintar kepada para pengguna desktop Windows, dimana para pengguna boleh hanya membacakan sebarang arahan, dan seterusnya mendapat maklumbalas daripada Mitini dengan pantas.

Walaubagaimanapun, untuk makluman, ia hanya sekadar program yang dibangunkan secara suka-suka oleh pembangunnya, dan mungkin mempunyai sedikit masalah kerana had penggunaan API dan sebagainya.

Namun begitu, sekiranya anda merupakan pengguna Windows, dan inginkan aplikasi seumpama Siri pada desktop anda, maka anda boleh memuat-turun Mitini hari ini, dan mengujinya sendiri pada sistem operasi Windows XP, Vista ataupun Windows 7.


TIPS & ULASAN