Cari @ Amanz

Penerbangan Malaysia ataupun Malaysia Airlines menyediakan banyak cara untuk pengguna-pengguna berinteraksi dengan sistem dalam talian mereka. Untuk pengguna-pengguna peranti mudah alih, anda boleh melawat Laman FlyMas ataupun memindahturun dan memasang perisian khusus yang dipanggil MHMobile.

MHMobile sebelum ini boleh digunakan hanya untuk platform iOS (iPhone, iPod Touch & iPad) dan juga Android. Walaubagaimanapun, pihak Malaysia Airlines mengambil pendekatan untuk memberi kesempatan kepada lebih banyak pengguna peranti mudah alih dari pelbagai platform untuk menikmati MHMobile. Dan baru-baru ini, MHMobile juga boleh digunakan oleh pengguna-pengguna Symbian.

Melalui MHMobile, banyak fungsi yang boleh diakses antaranya :

  • Membuat tempahan penerbangan
  • Daftar masuk kedalam akaun peribadi
  • Memeriksa tempahan
  • “Check-in” dengan lebih mudah
  • Status penerbangan
  • Jadual penerbangan
  • Menjejaki “”baggage”
  • Info mengenai tawaran dan promosi Malaysia Airlines terkini
  • Menyimpan data peribadi seperti Passport, Alamat, dan sebagainya
  • …dan banyak lagi.

Dengan fitur yang begini komprehensif, MHMobile sememangnya amat berguna kepada mereka yang kerap terbang bersama Malaysia Airlines. Mengakses info terkini dan maklumat-maklumat yang tersimpan di pangkalan data Malaysia Airlines menjadi lebih mudah.

Disamping itu, perisian MHMobile untuk Symbian ini direkabentuk dengan amat teliti dan kelihatan menarik kerana rekaletak menu dan pilihan yang memudahkan pengguna mengakses fungsi-fungsinya. Pilihan warnanya juga menunjukkan identiti korporat Malaysia Airlines serta penjenamaan yang kuat.

Maklumat lanjut mengenai MHMobile boleh dirujuk di laman sesawang rasmi dan untuk memindahturun perisian percuma ini, anda boleh lawati Nokia Store melalui telefon pintar Symbian anda.

*** MHMobile untuk Symbian hanya serasi dengan telefon pintar Symbian^3, Symbian Anna, dan Nokia Belle sahaja iaitu (Nokia N8, E7, C7, C601, E6, X7, 701, 700, 500, 600, 603, 801T).

Oleh Asri Al-Baker untuk Amanz. Ikuti beliau di @asrialbaker.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd