Cari @ Amanz

Dengan permulaan tahun baru, salah satu perkara yang sering dicari adalah kalendar, yang mana sekaligus memudahkan anda menguruskan pelbagai jadual dan perancangan anda sepanjang tahun. Dan untuk memudahkan anda, dan membolehkan anda mencetak pada kertas yang tersalah cetak, anda boleh dapatkan kalendar percuma daripada pihak RePrint.me.

Melalui RePrintMe, ia menawarkan kalendar 2012 dalam bentuk PDF mengikut setiap minggu ataupun setiap bulan, yang mana masing-masing didatangkan dalam bentuk saiz A4. Ianya membawakan konsep, dimana anda boleh mencetak kalendar mengikut minggu atau bulan pada kertas terpakai anda, sekaligus menjimatkan kertas, dan pada masa yang sama membolehkan kertas terpakai anda tidak terbazir begitu sahaja.

Bentuk kalendar 2012 yang ditawarkan juga amat kemas, membolehkan anda merancang pelbagai perkara sepanjang minggu atau bulan dengan mudah. Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun kalendar percuma yang ditawarkan terus melalui laman RePrint.me hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd