Kini Anda Boleh Bermain Permainan Arked Pada Chrome Melalui Sokongan MAME

Kini Anda Boleh Bermain Permainan Arked Pada Chrome Melalui Sokongan MAME

Diterbitkan pada Jan 2, 2012 oleh .

Salah satu aplikasi yang popular pada pelbagai platform adalah MAME (Multiple Arcade Machine Emulator) yang mana membolehkan anda memainkan pelbagai permainan klasik dan juga permainan berbentuk arked pada peranti-peranti anda. Menariknya, kini sokongan MAME turut dibawakan ke Google Chrome melalui sokongan Native Client, membolehkan pelbagai permainan dimainkan padanya.

Aplikasi yang dinamakan sebagai Robby Roto ini boleh dimuat-turun terus daripada Chrome Web Store secara percuma, sekaligus membolehkan anda bermain pelbagai permainan menarik dengan sokongan grafik yang menarik, melalui integrasi Native Client.

Walaubagaimanapun, percubaan kami untuk memuat-naik ROM permainan tersendiri gagal, dan seperti masih bermasalah buat masa ini, dan mungkin disokong tidak lama lagi. Namun, mengikut nota yang ditinggalkan oleh pembangunnya, ia mengatakan beberapa ROM permainan arked disokong dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Roby Rob daripada Chrome Web Store hari ini, dan mencubanya sendiri. Dan bagi mereka yang berminat pada aplikasi MAME sendiri, boleh rujuk ke halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN