Cari @ Amanz

Penggunaan Peranti Android Melangkaui Angka Peranti Symbian Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Walaupun sepanjang tahun lepas Symbian memegang takhta sebagai platform paling popular pada pasaran global mahupun Malaysia sendiri, namun permulaan tahun ini membawakan pelbagai perubahan pada siapa yang memegang takhta, dimana kini Android telah pun melangkaui Symbian dengan hanya beberapa peratus perbezaan antara kedua-duanya.

Melalui data yang dikeluarkan oleh StatCounter, kini Android merupakan platform dan sistem operasi mudah-alih yang paling banyak digunakan di Malaysia, dengan pegangan pasaran sebanyak 30%, manakala Symbian hanya dibelakang sedikit sahaja dengan pegangan sebanyak 29%.

Walaubagaimanapun, mungkin ianya masih lagi data awal, memandangkan bulan Januari baru sahaja bermula. Mungkin kita akan dapat melihat perubahan yang lebih ketara pada penghujung bulan ini, dengan beberapa peranti baru Android seperti Galaxy Nexus yang disasarkan pelancarannya di Malaysia, selain Nokia yang kini mula memfokuskan kepada pemasaran peranti Windows Phone, melalui keluarga Lumia mereka.


Komen ()