Cari @ Amanz

Kami tidak pasti sejak bila, tetapi ia kelihatan baru-baru ini Maxis telah menambah sebuah pelan internet baru pada pakej mereka, dinamakan sebagai pelan data internet Facebook. Melalui pakej yang ditawarkan itu, ia membolehkan para pelanggan Maxis menggunakan Facebook Mobile secara percuma, sementara pas langganan mereka aktif.

Melalui pelan baru tersebut, Maxis menawarkan pelan internet pada harga serendah RM3 untuk 10MB penggunaan data dengan maksima selama 2 hari, dan pelayaran laman Facebook Mobile dan juga penggunaan aplikasi Java Facebook tanpa had. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana ianya tidak menyokong aplikasi mudah-alih Facebook untuk Android, iPhone, BlackBerry dan sebagainya.

Walaupun kadar yang dikenakan oleh Maxis ini boleh dikatakan sebagai agak mahal, namun mungkin bagi mereka yang gila akan melayari laman Facebook pada peranti mudah-alih mereka, ianya merupakan salah satu alternatif untuk anda.

Oleh: Fairuz Bakar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd