Cari @ Amanz

Tarikh pelancaran akhir Windows 8 masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun hari ini, beberapa laporan mula mengatakan yang mana dua pengeluar komputer terkemuka,iaitu Acer dan Lenovo, masing-masing bakal memperkenalkan tablet Windows 8 mereka pada suku tahun ketiga tahun ini. Ia turut diperkatakan tablet ini akan menggunakan cip pemprosesan baru daripada Intel, iaitu Clover Trail.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Namun begitu, beberapa petanda awal dijangka akan mula diketahui bermula minggu hadapan apabila acara tahunan CES (Consumer Electronics Show) diadakan, yang mana semestinya bakal memperlihatkan pelbagai peranti dan gajet baru yang disasarkan kepada pengguna umum.

Intel sendiri dijangka akan memperlihatkan beberapa contoh telefon pintar dan juga tablet yang menggunakan cip pemprosesan baru mereka pada acara tersebut kelak.

Mungkin juga Microsoft akan memperlihatkan beberapa perkara baru pada sistem operasi Windows 8 mereka pada acara tahunan tersebut. Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd