WikiMedia Berjaya Mengumpulkan Sumbangan Dan Derma Lebih $20 Juta

WikiMedia Berjaya Mengumpulkan Sumbangan Dan Derma Lebih $20 Juta

Diterbitkan pada Jan 3, 2012 oleh .

WikiMedia merupakan salah satu organisasi yang tidak berasaskan keuntungan disebalik WikiPedia dan beberapa projek lain. Sebelum ini, pada penghujung tahun lepas, mereka telah pun memulakan aktiviti tahunan mereka, dimana mengumpulkan derma daripada para pengunjung dan pengguna laman tersebut, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan laporan berkaitan dengannya.

Menurut WikiMedia Foundation, melalui kutipan derma dan sumbangan yang diadakan baru-baru ini, mereka telah mengumpulkan lebih daripada $20 juta daripada hampir lebih sejuta penyumbang seluruh dunia. Perkara ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sumbangan dari tahun ke tahun.

WikiMedia membangunkan laman yang bebas daripada iklan, seperti WikiPedia, dan beroperasi sepenuhnya atas sumbangan pengguna, dan juga beberapa alternatif lain, seperti geran dari institusi dan sebagainya. Mereka kini mempunyai lebih 80 orang pekerja sepenuh masa, selain lebih ratusan ribu penyumbang bebas untuk perkhidmatan mereka.

Selain daripada pengumuman ini, pihak WikiMedia juga turut sama telah mengeluarkan laporan mengenai pelan dan perancangan tahunan mereka sepanjang tahun ini, yang mana boleh dibaca pada halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN