Apple Bakal Mengadakan Acara Memfokuskan Kepada Kandungan Pada Bulan Ini?

Apple Bakal Mengadakan Acara Memfokuskan Kepada Kandungan Pada Bulan Ini?

Diterbitkan pada Jan 3, 2012 oleh .

Sebelum ini, ia pernah diperkatakan Apple bakal mengadakan sebuah acara ringkas pada bulan ini, dan beberapa ura-ura memperkatakan ianya mungkin adalah iPad generasi baru. Namun sebaliknya, kini ia dilaporkan, ia bukanlah pelancaran iPad sebaliknya sebuah acara media ringkas, yang memfokuskan kepada percetakan dan juga kandungan.

Berkemungkinan ia akan berkait rapat dengan beberapa aplikasi seperti Newsstand ataupun iBooks daripada pihak Apple, ataupun mungkin juga berkaitan dengan pengiklanan iAd mereka. Ia juga mungkin adalah salah satu projek baru sepenuhnya daripada Apple yang memfokuskan kepada kandungan.

Buat masa ini, informasi lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple kelak.


TIPS & ULASAN