Kedai Makan Dengan WiFi Akan Dikuatkuasakan Bermula April 2012

Kedai Makan Dengan WiFi Akan Dikuatkuasakan Bermula April 2012

Diterbitkan pada Jan 3, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang bakal dikuat-kuasakan pada tahun ini oleh kerajaan tempatan adalah dimana kedai makan dan restoran dibandar Kuala Lumpur dengan keluasan lebih 120 kaki persegi diwajibkan untuk menawarkan perkhidmatan WiFi, dan bakal dikuat-kuasakan bermula daripada bulan April kelak.

Ia adalah sebagai salah satu alternatif kepada fungsi WirelessKL yang mana kini semakin kurang popular, dengan tamatnya perjanjian selama dua tahun bersama dengan pihak Packet One (P1). Namun ia dilaporkan yang mana kedai makan boleh menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma sebagai nilai tambahan, ataupun mengenakan caj yang berpatutan kepada para pengunjung mereka.

Sebagai nilai tambah, beberapa medan selera juga akan dipasang dengan beberapa kemudahan dan fasiliti WiFi padanya, membolehkan pengguna mengakses dengan mudah dimana sahaja mereka berada.

Jadi, mungkinkah selepas ini selain menyemak kebersihan kedai makan, pihak berkenaan juga akan menyemak kelajuan internet yang ditawarkan?


TIPS & ULASAN