Selain daripada perisian seperti sistem operasi, dan aplikasi pejabat, antara industri yang turut menjadi mangsa cetak rompak dan muat-turun adalah industri permainan. Dan daripada data yang dikeluarkan oleh pihak TorrentFreak untuk sepanjang 2011, ia memperlihatkan Crysis 2, Super Mario Galaxy 2 dan juga Gears of War 3 adalah antara permainan yang dimuat-turun dengan kadar tinggi melalui BitTorrent.
Permainan Crysis sendiri yang dibangunkan oleh pihak Electronic Arts dan juga Crytek, memperlihatkan hampir 4 juta muat-turun hanya melalui platform BitTorrent sahaja untuk PC, dan menduduki tangga pertama. Manakala untuk platform Xbox 360, permainan yang paling banyak dimuat-turun adalah Gears of War 3 yang dilepaskan pada September 2011, dengan kadar muat-turun menghampiri 900 ribu.
Platform PC – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011
Platform Wii – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011
Platform Xbox – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011
Permainan Super Mario Galaxy 2 turut menduduki tangga pertama untuk platform Wii dengan kadar muat turun menghampiri angka 1.3 juta. Daripada jadual ringkas yang dikeluarkan juga, ia memperlihatkan permainan pada platform PC masih lagi menjadi antara pilihan ramai, dengan jutaan muat-turun dilakukan melalui BitTorrent.