Semua sedia maklum yang mana Facebook sudah sekian lama tidak mengubah rekabentuk laman utama mereka. Namun, kini ianya dilihat Facebook telah pun mengubah gambar peta yang selalu diperlihatkan pada halaman utama mereka, dengan menggantikannya dengan video berkenaan dengan Facebook Timeline.
Ia mungkin salah satu cara pemasaran baru daripada pihak Facebook dalam memasarkan fungsi dan juga rekabentuk profil baru mereka itu, yang diperkatakan ramai sebagai identiti internet semua pengguna.
Walaubagaimanapun, perubahan minima pada halaman log masuk ini masih lagi tidak diperkenalkan kepada semua, dan hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihatnya buat masa ini.
Terima kasih @omarmahdzan.