Aplikasi Ziggy Membawakan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Kepada Windows Phone

Aplikasi Ziggy Membawakan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Kepada Windows Phone

Diterbitkan pada Jan 3, 2012 oleh .

Aplikasi seumpama Siri popular akhir-akhir ini, dengan kebanyakkan aplikasi baru dibangunkan untuk platform Android dengan pelbagai ciri-ciri menarik pada setiap satu. Dan bagi para pengguna Windows Phone yang inginkan fungsi seumpamanya, kini anda boleh mendapatkannya melalui aplikasi Ziggy yang ditawarkan secara percuma kepada semua.

Menariknya mengenai aplikasi Ziggy adalah ianya amat menarik dan unik, serta melalui demo ringkas yang diperlihatkan melalui sebuah video, Ziggy beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang masalah, dan mampu memberikan jawapan kepada pelbagai perkara.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat dilihat melalui Windows Marketplace adalah masih lagi versi lama, dan mungkin versi baru bakal dikemaskini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN