Cari @ Amanz

Asus Transformer Prime masih lagi belum dilancarkan di Malaysia sehingga ke hari ini. Namun, pembangunnya, Asus telah pun bergerak pantas, dimana mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich kepada peranti mereka itu bermula daripada 12 Januari kelak.

Ia tidak diketahui adakah kelak versi yang bakal dijual di Malaysia kelak akan didatangkan dan dijual dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich ataupun tidak. Sebelum ini, ura-ura awal mengatakan Asus akan melancarkannya di Malaysia pada bulan ini, iaitu Januari 2012. Namun masih tiada sebarang pengesahan mengenainya buat masa ini.

Melalui Asus Transformer Prime, ia membawakan tablet dengan cip pemprosesan empat teras, NVIDIA Tegra 3, kamera 8-megapixel, skrin sentuh seluas 10.1-inci, dan juga sokongan masa bertahan bateri sehingga 12 jam bersama-sama dengannya.

Dengan perkembangan positif ini, mungkin kita akan mula mendengar akan berita berkenaan dengan Asus Transformer Prime di Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd