Cari @ Amanz

Salah satu pertanyaan yang sering diterima oleh pihak Amanz adalah berkenaan dengan bagaimana untuk mematikan Facebook Timeline yang baru diperkenalkan oleh pihak Facebook. Ia hendaklah diketahui yang mana perkara ini tidak dapat dimatikan begitu sahaja. Namun begitu, memandangkan baru-baru ini Facebook mengumumkan yang mana Facebook Timeline tidak menyokong Internet Explorer 7, maka anda boleh membuatkan Facebook Timeline tidak dipaparkan pada pelayar web anda.

Perkara ini dapat dicapai dengan mudah, dengan membuatkan pelayar web anda berfungsi seumpama Internet Explorer 7. Ini dapat dicapai dengan mudah melalui penggunaan beberapa cara untuk mengubah bahagian User Agent pada pelayar web masing-masing.

Mengubah User Agent Pada Mozilla Firefox

Bagi para pengguna Firefox, anda boleh mengubah User Agent pada pelayar web anda dengan pantas melalui penggunaan extension khas dinamakan sebagai User Agent Switcher. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu klik pada butang Add To Firefox dan ia akan dipasang secara automatik pada pelayar web Firefox anda.

Setelah memasangnya, anda mungkin akan dapat melihat penambahan ikon baru pada pelayar web anda. Bagi yang tidak melihatnya, tidak perlu risau, dimana anda hanya perlu klik kanan pada pelayar web Firefox anda, dan pilih Customize. Seterusnya cari ikon User Agent Switcher, dan kemudiannya tarik (drag-and-drop) ke lokasi yang anda inginkan pada pelayar web anda.

Seterusnya, klik pada ikon tersebut, dan pilih Internet Explorer > Internet Explorer 7. Dan kemudiannya anda dapat membuka profil Facebook anda, dan dapat melihat Facebook Timeline tidak diperlihatkan lagi.

Untuk berubah balik kepada biasa, cuma pilih Default User Agent pada pilihan yang disediakan.

Mengubah User Agent Pada Google Chrome

Berbeza dengan Firefox, Chrome didatangkan dengan aplikasi terbina, membolehkan anda mengubahnya dengan mudah dan pantas.

Melalui menu pada pelayar web Chrome, pilih Tools dan kemudiannya Developer Tools.

Sebuah panel baru akan diperlihatkan pada bahagian bawah pelayar web Chrome anda. Klik pada bahagian penjuru kanan, pada ikon Gear.

Dengan klik pada ikon Gear tersebut, halaman tetapan akan diperlihatkan, dan pada bahagian Network, anda akan dapat melihat pilihan tetapan Override User Agent. Pilih Internet Explorer 7 daripadanya, dan buka kembali (refresh) halaman web Facebook anda.

Penutup

Jadi, bagi mereka yang gemarkan rekabentuk profil yang lama, kini anda boleh lakukannya dengan mudah. Namun, hendaklah diambil perhatian, yang mana ia hanya diperlihatkan kepada anda mengikut tetapan pelayar web, manakala rakan-rakan anda yang mengikut tetapan biasa, tetap kekal akan melihat halaman Facebook Timeline anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd