Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah daripada Samsung, iaitu Galaxy Nexus, yang mana merupakan peranti Android 4.0 pertama, dan seperti kami pernah maklumkan sebelum ini, DiGi dan juga Celcom merupakan antara syarikat telekomunikasi tempatan yang bakal menawarkan pakej dan pelan masing-masing bersama dengan peranti tersebut kelak.
Namun begitu, seperti biasa, lebih awal daripada pelancarannya, kini pakej dan pelan untuk Samsung Galaxy Nexus daripada Celcom kini sudah pun mula tersebar di internet, dan SoyaCincau menjadi yang terawal memperlihatkan gambar tersebut.
Seperti dilaporkan sebelum ini, harga jualan peranti tersebut di Malaysia disahkan adalah RM2099, dan melalui pakej Celcom, mereka menawarkannya pada harga serendah RM1368 melalui Celcom Exec 250 selama 18 bulan. Ia juga turut ditawarkan bersama pakej Celcom Biz pada harga RM1348 dengan komitmen bulanan sebanyak RM150 selama 24 bulan.