Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi menarik daripada pihak Google adalah Google Correlate yang mana sebelum ini diperkenalkan pada Google Labs. Namun, kini dengan pengumuman penutupan Google Labs, pihak Google mengalihkan Google Correlate dibawah Google Trends, sekaligus pada masa yang sama, hari ini melancarkannya kepada lebih 49 negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagi yang tidak ketahui akan aplikasi Google Correlate, ia membolehkan para pengguna dan juga mereka yang gemar mencari pelbagai data, untuk membandingkan data antara carian web dan pelbagai data lain. Ia juga sekaligus membolehkan seseorang mengetahui bagaimana carian web dan data lain bergantung, adakah secara langsung, selari dan sebagainya.

Jadi bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mula menggunakan Google Correlate hari ini dalam mendapatkan pelbagai data mengenai pengguna tempatan dan pengguna global yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd