Packet One ataupun syarikat penyedia internet tempatan yang lebih dikenali sebagai P1 semestinya mempunyai salah satu tahun yang sibuk sepanjang tahun ini. Setelah mengumumkan yang mana akan memulakan ujian LTE pada penghujung tahun ini, selain bakal memperkenalkan sokongan talian jalur-lebar berkelajuan tinggi, P1 juga dijangka akan menyokong IPV6 menjelang penghujung tahun ini.
Dengan perkembangan internet setiap hari, lebih ramai yang menyertai dan mendaftarkan perkhidmatan masing-masing, menjadikan alamat IPv4 mula kehabisan, sekaligus membuatkan semua penyedia dan pengguna mula menggunakan IPv6.
Untuk makluman, P1 mengatakan semua teknologi sistem P1 telah sedia menyokong IPv6, namun fasa berikutnya adalah dalam memfokuskan kepada para pengguna, serta memastikan setiap peranti menyokongnya.
Selain daripada itu, P1 juga dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar berkejaluan tinggi mereka dalam suku tahun pertama ini, hasil bekerjasama dengan pihak Telekom Malaysia.
Oleh: Fairuz Bakar